05 May 2013

Cerpen Mengundi

Unknown | 5:16 PM | 5Comments |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Bismillahirrahmanirrahim ....


Bangun awal pagi . Yeahh ! Nak kena balik kampung awal-awal . Nanti lewat , bahaya pula . Capai tuala , terus pergi masuk bilik air .

Selesai mandi , aku bersiap . Baju blaus disarungkan. Hehe , nasib baik tak pakai baju kurung . Kalau tidak , memang macam raya sungguh la ! Sambil tersengih , aku keluar dari bilik . Aku terpandang pintu bilik hadapan yang tertutup . Aduhai , macam mana boleh terlupa pula ni ! Aku tengah asuh anak saudara aku , Alisya ! Aku terus mengetuk pintu itu . Tuk tuk ... "Masuklah !" jerit Alisya dari dalam . Aduh , macam nak pekak dah telinga aku ! Macamlah aku ni jauh sangat . Aku membuka pintu dan alangkah terkejutnya aku bila tengok keadaan bilik Alisya sekarang . Ya Allah ! Apa yang budak ni buat ? "Alisya !? Kenapa ni ?" "Cik Su , Alisya takde baju nak pakai la . Semua buruk-buruk," rungut Alisya . Ish , budak ni ! Banyak baju dia . Cantik dan mahal belaka . Langsung tak bersyukur . Mataku tertancap pada baju yang aku hadiahkan dua bulan yang lalu waktu first time shopping dengan dia . Cantik baju tu . "Haa , baju tu tak cantik ke ?" Aku menunding jari ke arah baju itu . "Cantik . Tapi , dah ketatlah , ciksu ," Cepatnya dia membesar ! Membesar atau 'menggemuk' ? Eh , samalah tu !

Aku memandang jam tangan berwarna peach yang aku pakai . Ha ? Dah pukul sebelas ! Aduh , lewat dah ni ! Nak balik semalam , si Alisya ada program kat sekolah dia pula . "Cepatlah , Alisya ! Lewat dah ni !" marahku . Alisya mencebik . "Macam mana nak cepat ? Baju pun takde ," selamba je Alisya kata macam tu . Budak ni la kan ! Geramnya ! Namun , aku takde pilihan dah . Aku terpaksa . "Okeylah , nanti tengah jalan kita beli baju baru," putusku . Tersenyum lebar si Alisya tu . "Kalau macam tu , sekarang , Alisya nak pakai apa ?" Aduh , tak terfikir pula ! "Pakai jelah baju yang mana muat ," Dengan senang hati , Alisya mencapai baju t-shirt muslimah kosong .

Naik je kereta , sebelum memecut , aku check dulu minyak . Takut jadi macam masa raya tahun lepas . Tak pasal-pasal , kereta stop . Ha ? Tinggal tak sampai sesuku dah . Aduh , kena isi minyak kat Petronas dulu la nanti . Aku bawa kereta dengan berhati-hati . Tiba-tiba takde mood nak memecut pula . Sampai di Petronas , aku berhenti seketika . Isi minyak dan beli air . Minyak , habis RM50 . Air pula , habis RM5 . Aku beli air kotak RM1.40 je . Alisya pula beli air yogurt RM3.60 . Dia pula yang melebih . Bukan dia pun yang drive . Ish , sabar jelah .

Perjalanan selama 2 jam membawa aku dan Alisya ke butik Syafira yang terletak berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Melor . Eloklah tu . Aku suruh Alisya pilih dulu baju kat butik
sementara menunggu aku mengundi kat SMKSM . Lama tu ! Aku kasi handset kedua aku kat Alisya . Boleh dia pakai kalau ada apa-apa masalah . Boleh juga dia main games dalam tu sementara menunggu aku . Hehe .

Aku masuk ke SMKSM . Nak mampus aku ! Banyaknya orang  ! Ni semua nak mengundi ? Aduh , terpaksa beratur jugalah . 1 jam aku tunggu , akhirnya sampai giliranku . Alhamdulillah . Aku tersenyum sendiri . Selesai sudah ! Eh , aku undi apa ? Haa .. Ha .. Undi itu rahsia ! Hehe . Dapat jugalah RM50 . Nak kasi kat mamalah separuh . Aku dengan senang hati pergi menuju ke butik Syafira . Aku ternampak Alisya dengan seseorang . Siapa tu ? Aku mula bimbang . Mana taknya , dahla lelaki pula tu ! Aku laju menyergah mereka . "Apa korang buat kat sini ?!" "Ish , ciksu ni . Buat terkejut Alisya ngan Abang Malik je ," Abang Malik ? Siapa pula tu ? "Alah , ciksu ni . Buat tak kenal Malik pula," lelaki itu bersuara . Oh , baru teringat . Malik anak saudara sulung aku . Huhu . Besar dah dia . "Ha , Alisya ! Dah siap pilih baju ?" "Dah" Alisya jawab ringkas sebelum masuk ke
dalam butik . Alisya menunjukkan sehelai baju labuh berwarna hijau mint berenda putih , jaket cardigan berwarna kelabu asap berpoket hijau mint dan seluar jeans berbunga hijau turquoise . Wah , pandai si Alisya ni memilih ya . Cantik bila dipadankan . Aku menuju ke kaunter bersama Alisya . "RM156 semuanya , cik," Terkejut ! 156 ? Biar betul ? Aduh , macam mana ni ? "Tak boleh kurang ke ?" tanyaku . "Ni dah kurangkan dah . Kalau tak , RM200," beritahu jurujual itu sambil tersenyum . Nak ejek akulah tu . Huh ! Aku hulurkan 2 keping wang not RM100 daripada dompetku yang ada RM245 di dalamnya . Kemudian , RM46 diberikan semula sebagai baki . "Terima Kasih . Sila datang lagi , ya," Oh , aku terasa disindir ! Malu kot . Habis duit yang dapat masa undi tadi .

Aku memandu kereta . Senyap sepi . Itu keadaan di dalam kereta sekarang . "Err, ciksu marah Alisya ke ?" Alisya berasa serba salah . "Hmmm , taklah ," aku pun tak tahu sebenarnya . Huh , letih . Tinggal RM96 je yang tinggal . Berapa nak kasi mama ? Berapa pula nak tanggung kos pulang nanti ? Aku buntu sekarang . Kemudian , aku berhenti di Rehat & Rawat (R&R) untuk memberi Alisya menukar bajunya . Alisya yang serba salah itu cepat-cepat turun dari kereta dengan membawa baju barunya apabila disuruh olehku . 'Huh,' aku mengeluh lagi .

Setibanya aku di rumah mama , aku memberi salam . Mama muncul depan mata . "Waalaikummusalam . Ha.. Balik pun . Dah mengundi ?" tanya mama . "Dah," jawabku ringkas . "Dapat berapa ? Tak nak kasi mama ke ?" Mama seolah-olah menyindirku . "Dapat RM50 , ma," Alisya yang sedang duduk di atas sofa selepas menyalami neneknya terdiam . "RM25 pun jadilah," oh , sebenarnya memang aku nak kasi RM25 . Tapi sekarang ? Hmmm ... "Dalam poket Emy ada RM96 je , ma". Mama terkejut . Selalunya anaknya membawa banyak duit untuk minyak dan keperluan yang lain . Lagi-lagi apabila dia membawa Alisya . "Kamu bawa berapa datang sini ?" tanya mama . "RM300," Bertambah terkejut mama . Macam mana boleh habis banyak tu ?" . Aku mengeluh lagi . Alisya rasa bersalah . Dia rasa seperti mahu menangis sahaja . "Emy habiskan untuk isi minyak," 'Isi minyak sampai beratus habis ? Biar betul ?' fikir mama . "Biar betul kamu ni ? Ada apa-apa yang kamu sorokkan ?" . Alisya tak tahan lagi . Sambil menangis , dia mengaku , "Semua ni salah Alisya ! Alisya banyak songeh ! Alisya beli air mahal sangat . Alisya beli baju hampir RM200 . Semua salah Alisya !" Mama pula yang buntu . Takkanlah nak salahkan cucunya yang kecil lagi tu ? "Tak apalah , Alisya . Jangan ulang lagi tau," Aku rasa puas hati . "Emy , tak payahlah kasi duit kat mama . Tolong jagakan cucu mama ni pun dah cukup," Semua gembira . Aku lagilah ! Hehe .

TAMAT (Tamat juga masa untuk korang mengundi ;)

5 comments:

  1. wah ! pandainya dia buat cerpen . haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq tq ^_^ hehe ... *kembangg sudah :p*

      Delete
  2. Cerpen yang best ,Raya Puasa ke Raya Korban ?Hehehe :)

    ReplyDelete
  3. Ada can jd novelis nih! Good luck, dik :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen , jom ?? LIKE SINI dan FOLLOW SITU lah juga yaa ?? ^_^



"Budi Bahasa Budaya Kita"