19 August 2013

Random Giveaway by FD

Aina Sofea | 6:02 PM | 1Comments |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Bismillahirrahmanirrahim ....


*klik banner untuk join 

Hadiah yang saya nak :-

- Coklat & Teddy Bear
- Printed tee/t-shirt 


17 August 2013

Segmen Blogwalking Raya by Emas Putih

Aina Sofea | 12:24 PM | 7Comments |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Bismillahirrahmanirrahim ....


*klik untuk join :)

15 August 2013

15 Fakta Yang Tak Ramai Orang Tahu

Aina Sofea | 10:59 AM | 4Comments |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Bismillahirrahmanirrahim ....



Fakta yang tak ramai orang tahu ? Nak tahu apa ? Here it is ! ;)


1. "TYPEWRITER" merupakan perkataan terpanjang yang boleh dibuat dengan menggunakan huruf hanya pada satu baris keyboard. (cer try ... cer try)

2. "STEWARDESSES" adalah perkataan terpanjang yang ditaip dengan hanya tangan kiri. (cer try ... cer try)

3. Purata pengguna komputer berkelip 7 kali per minit, kurang daripada separuh daripada kadar biasa 20.

4. Jika salah seorang berjalan di bawah tangga yang terbuka ia dikatakan membawa nasib malang. Sesetengah orang berkata bahawa ini boleh kembali seperti biasa dengan serta-merta berjalan ke belakang kembali dibawah tangga. 
(Jangan minta saya terangkan yang ini sebab saya sendiri pun tak faham >.<)

5. Buka payung di dalam bangunan dikatakan membawa nasib malang. Sesetengah tradisi berpegang bahawa ia hanya nasib malang jika payung diletakkan di atas kepala seseorang ketika di dalam bangunan. 
(Eh , iye ke ? Maybe taktik pengusaha kilang payung je kott- menurut owner blog yang saya baca)

6. Keldai biasa digunakan oleh pemberontak Iraq untuk melancarkan roket

7. Menghidu pisang atau epal hijau (menghidu, tidak makan) boleh membantu anda menurunkan berat badan (cer try ... cer try)


8. Purata orang menghabiskan tiga tahun hidupnya di dalam tandas. (kantoi !)
9. Ia adalah mustahil untuk berdengung jika hidung anda ditutup. (cer try ... cer try)
10. Kebanyakan habuk dibawah katil anda sebenarnya adalah kulit mati anda sendiri.
11. Jika anda menyebut perkataan "colorful" kepada seseorang tanpa mengeluarkan suara, ia kelihatan seperti anda mengatakan "I love you". (boleh kenakan orang ni !)
12. Kebanyakan kertas biasa tidak boleh dilipat lebih daripada 7 kali.
13. Bunyi bergerak kira-kira 4 kali lebih cepat di dalam air berbanding di udara.
14. Satu-satunya huruf yang tidak terdapat pada Jadual Berkala
(periodic table) ialah  huruf "J"
(jadual apakah ini ? hurmmm)

15. Jika anda dikunci di dalam bilik yang kedap udara, anda akan mati keracunan karbon dioksida terlebih dahulu sebelum anda akan mati kekurangan oksigen.

p/s : Awesome kan ? Credit

14 August 2013

Kad Rayaaaa ! :D

Aina Sofea | 10:10 PM | 16Comments |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Bismillahirrahmanirrahim ....


Buat masa ni , saya dapat 5 keping kad raya ! Kau hado ? hahahaha ... Masa dapat kad-kad tu , saya tak buka terus . Saya teka dulu sapa yang hantar dengan tengok cop pada sampul . Kan ada tulis negeri . Tapi saya dapat teka 2 je daripada 5 tuh . Johor ? Kak Nabihah ! Sarawak ? Kak Safiena ! :D Nak tengok kad-kad yang saya dapat ? Nah ,,,

*klik untuk meng'gedabak'kan gambar*

Okay , kad raya pertama ialah daripada kak Leeza dari santaileeza.com

kebetulan sama warna tema dengan kad raya saya , oren + hijau ^_^

Yang kedua , daripada kak Nabihah dari nabihahj0urnal.blogspot.com


comel je tulisannya :3

Ketiga pula , daripada kak Safiena dari pinkizluv.com

aduyaii , macam mana boleh ada 'kecederaan' ni .. huhuuu

Tengok tulisan dia ! Tengok cepatt ~! Alahaiiii , jatuh cintaaa >.<

 Keempat , daripada abang Afzal dari afzalsukasuki.blogspot.com

haiii , bertempek-tempek gambar mukanya . Tengok je dah tahu sapa bagi ... haha

 Dan yang terakhir , daripadaaa ................

hahaa .... Ni bukan dari blogger laa .. Ni dari kawan sekolah . Dia bagi satu kelas .. Banyak duit kau ! hahaha

Okey , tu je yang saya dapat setakat ni . Thank you kepada semua yang sudi memberi .. :) Kalau ada lagi , saya buat part 2 laa .. 

p/s : Siapa yang dah dapat kad raya dari saya ??? Nak tengok juga gambarnya >.<



11 August 2013

Kesalahan-kesalahan Ketika Berhari Raya

Aina Sofea | 6:45 PM | 9Comments |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Bismillahirrahmanirrahim ....


*klik untuk tumbesaran :)

Hari Raya Idul Fitri. Tidak salah untuk merayakannya. Silapnya kita apabila menyambutnya dengan kesalahan-kesalahan seperti yang berikut.

  1. Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran yang berleluasa. 
  2. Beria-ia solat Sunat Hari Raya tetapi tidak solat Subuh dan Zuhur. 
  3. Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi. (Bukan muhrim)
  4. Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita.
  5. Makan berlebihan. 
  6. Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan tetapi sibuk dengan menonton TV di rumah, terutamanya generasi muda. 
  7. Minta maaf bermusim, hanya pada hari raya sahaja. 
  8. Beraya sebulan sehingga terlupa untuk berpuasa enam di dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya Idul Fitri HANYA sehari. Sebab itulah hanya 1 Syawal sahaja yang diharamkan berpuasa sedangkan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh mula berpuasa sunat.
Yang saya bold-kan tu sebagai pesanan untuk diri saya sendiri . Kesalahan yang selalu saya buat . Saya akan cuba memperbaikinya sekiranya dapat bertemu Ramadhan & hari raya lagi , insyaAllah :)

Wahai abangku , sila perhatikan betul-betul no.6 tu . Tukarkan "menonton TV" dengan "bermain permainan video" .. Hurmmm .....

Btw ,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , 
MAAF ZAHIR & BATIN :D

p/s : Siapa dah dapat kad raya dari saya ? o.O

02 August 2013

Segment "Saya Nak Duit Raya!"

Aina Sofea | 9:43 PM | 7Comments |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Bismillahirrahmanirrahim ....


KLIK BANNER UNTUK JOIN ^^