06 January 2015

Holidays In PERMATApintar [part 3]

Unknown | 10:49 AM | 10Comments |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Bismillahirrahmanirrahim ....


Sungguh tak sangka entry part 2 telah menyinggung perasaan orang . Memang rasa down sangat . Rasa macam taknak blogging lagi :'( Aku taknak sakitkan hati sapa-2 lagi ...
Tapi , this is my blog , my diary . My memory . So , sebelum aku start , minta maaf kepada semua kalau entry kali ni menyinggung hati kalian . Kalau ada ayat yang ke arah kasar / sindir , sila baca dengan nada gurau . Memang saya takde niat langsung nak rendahkan siapa-siapa .

Ok , whatever . Life must go on . So , harini , saya nak cerita tentang rutin harian sepanjang PPCS :D
*p/s: masa yang diberi tak semestinya tepat*

4.20 pagi (sama setiap hari)
Sejak hari pertama lagi , kami tiga orang (roommates) bersepakat untuk bangun pukul 4.20 supaya takperlu beratur untuk mandi . Masa yang ditetapkan untuk bangun sebenarnya adalah pukul 5.00 . So , kami buat andaian bahawa masa itulah yang akan orang lain ikut . Dan kami perlu bangun lebih awal . Hari pertama , Fatin bangun awal . Dia yang kejutkan kami dua orang . Ok , berjaya . Tapi hari seterusnya , dia dah keluar . Jadi , aku set alarm kat phone untuk menggantikan tugas Fatin (apakah?) . Dan alarm tone memang aku pasang sekuat-kuatnya . Bagi bingit telinga . Hohoo . Awal-awal tu okey je . Lama-lama , my roommate , Aqilah complain . OK , sayang . Ubah alarm tone , turunkan volume . Heheee . Tapi bukan setiap hari berjaya bangun seawal ni . Paling lambat , pernah bangun pukul 5.30 .

5.00 pagi (sama setiap hari)
Biasanya time ni Aqilah boleh tidur semula selepas siap bersiap (apakah?) . But not for me . Aku kena bersiap lamaa sikit sebab aku perlu gosok tudung bawal , lipat , pakai dan ia mengambil masa yang lama berbanding Aqilah yang cuma perlu menyarungkan tudung instant . hohoooo

5.50 pagi (sama setiap hari)
Selesai bersiap dan turun ke bawah untuk berhimpun sebelum menuju ke surau untuk solat Subuh.
Biasanya , pukul 6 lebih , berjalan ke surau . Dah sampai , sarung telekung pergi ke saf . Tapi biasanya kami tak buat macam tu . Pergi sana , rilek-rilek dulu . Dah iqamat barulah terhegeh-hegeh ke saf . Hampir setiap waktu kitorang buat macam tu . Hehe

6.30 pagi (sama setiap hari)
Ok , waktu ni barulah siap sembahyang . Memang lamaa . Bagi bebudak sesi 1 macam budak EM , kami dah boleh ke dewan makan untuk sarapan . Budak sesi 2 , kena tunggu dan baca Yaasin .

7.15 pagi (hari Isnin-Jumaat)
Kami akan ada meeting kejap dalam course . Biasanya waktu ni kitorang akan main atau bincang tentang sorakan . Main ? Yeahh !! Antara game-game yang dimainkan adalah : Silent killer (we were addict to this game) , TOD (Truth or dare) & macam-macam lagi (ok , seriously aku tak ingat -.-")

7.15 pagi (hari minggu)
Rasanya time ni semua akan berkumpul kat dewan serbaguna kot . Ohmy , I forgot ! Apapun , lepas tu kitorang akan buat aktiviti hari minggu yang telahpun disediakan oleh RA .

7.45 pagi (hari Isnin-Jumaat)
Perhimpunan ! Tak ada ucapan panjang berjelaaaaaaaaaaaa macam kat sekolah . Yang ada adalah perang sorakan ! Time nilah nak dengar sorakan-sorakan bagi setiap course . (yang bestnya adalah sesi perli-memerli . hohooo)

8.00 pagi (hari Isnin-Jumaat)
Ke kelas masing-masing . Aku masuk kelas EM1 . Belajar bersama instructor. Tapi bukan 100% masa digunakan untuk belajar . Memang akan stop sekejap-sekejap untuk MAIN!!! Horee ! (kami budak , memang main je tahu) . Polar bear ! Huahuahuaaa . Mangsa utama dalam game ni adalah Nana ! Memang kitorang selalu buli dia habis-habisan dalam game tu . Bila dia jadi mafia , kami tuduh dia . Jadi orang kampung , kami bunuh dia . Jadi doktor , kami bunuh / tuduh dia . Muahahahaha . Ok , memang best buli dia sebab dia melayan ~~~ Hohohoo . so kejam :v

presentation :D

what the ?

bersama tetamu :)

Err -.-"

Sarah , comelnye awak gelak :3

8.00 pagi (hari minggu)
Bermula aktiviti .
Minggu 1 : Sabtu (Explore Race)
Tentang permainan tradisional . Bergerak dari satu station ke station yang lain . Setiap station ada satu permainan . Senang , main je . EM1 lawan dengan RC1 . Tapi kitorang tak berjaya main semua permainan sebab terkandas di satu permainan sebab hujan (faham tak?) . Bagi aku , aktiviti ni enjoyable sebab aku tak habis-habis usik Aqilah dengan secret admirer dia dari RC1 . huahuahuahua . Tapi sian dia . Dia kata tak best aktiviti ni sebab ada budak tu . K fine :3


Minggu 1 : Ahad (Clinic Skill)
Kali ni best sebab gabung EM1 & EM2 . So tak perlu campur ngan course lain . Banyak skill yang diajar . Dan paling tak disangka-sangka , kena lipat & gosok baju . Sounds easy right ? Ok , memang banyak benda yang diajar , aku baru tahu . Kuno sungguh diriku ini .

ikat necktie

deco cake ! paling best sebab boleh makan :P

Sherra ?

Boys punya kerja . Tah pape

Cantik kan ? Ofcourse la , not my kerja -_-

Minggu 2 : Sabtu (Sukaneka)
Yeayyy ! Best sebab EM1 menang lawan ngan RC2 !! hahahaa . Yang paling takleh blah time main tepung . Yang kena ambik cekelat dalam tepung tu .. Tapi aku main pelik sikit . Dengan tepung sekali masuk mulut :P hahaha

Minggu 2 : Ahad (Outing)
Aku keluar dengan dua orang mak sedara aku ke iOi City Mall . Berjaya membolot sebuah beg . Huahuahuaa

11.00 pagi (hari Isnin-Khamis)
Minum pagi luar kelas . Sebab memang kami dah sepakat menetapkan syarat takleh makan dalam kelas . (tapi kekadang langgar juga syarat ni >.<) Selepas tu , masuk kelas semula belajaqqqq.

12.00 tengahhari (sama setiap hari kecuali Jumaat)
Turun ke dewan makan untuk makan tengahhari

12.30 tengahhari (sama setiap hari kecuali Jumaat)
Pergi ambil wudhu'

12.50 tengahhari (sama setiap hari kecuali Jumaat)
Pergi surau untuk Solat Zuhur

2.00 tengahhari (hari Isnin-Jumaat)
Masuk kelas semula sampai pukul 4.00 petang

2.00 tengahhari (hari minggu)
Semua aktiviti dah habis . Time for rest . Tapi , untuk hari Sabtu minggu pertama , kami buat meeting dalam bilik 39 . Bebudak EM je . Sesi pembongkaran rahsia . Bagitau crush . Tapi sedihnya bila sikit je yang bagitau . Masih ada yang berahsia . Ok fine . Meeting berakhir dengan pergaduhan antara dua kakak kitorang (eh ?) iaitu Sherra & Sufina . Selesai meeting , semua balik bilik masing-masing dan buat kerja masing-masing . Aku ? Bumm ! Tidoqqq!! haha

4.00 petang (hari Isnin-Jumaat)
Diberi masa sekejap untuk naik ke bilik dan bersiap untuk riadah & solat Asar

4.30 petang (sama setiap hari)
Solat Asar

5.00 petang (hari Isnin-Jumaat)
Riadah . Actually , jarang keluar peluh . Selalunya main biasa-biasa je . Tapi yang bestnya bila main Bola beracun (game ni dianggap kiddish di sekolah >.<) ataupun pergi padang . Boleh round padang ! Tapi sedihnya aku tak berapa bertenanga . Aku cuma berjaya pusing 3 kali . sobsob ..

6.00 petang (sama setiap hari)
Ke dewan makan untuk makan malam

6.30 petang (sama setiap hari)
Mandi . Terpaksa beratur jugak . sobsob . Bersiap untuk solat Maghrib

6.50 petang (sama setiap hari)
Turun dan menuju ke surau untuk solat Maghrib

7.30 malam (sama setiap hari)
Dah settle solat Maghrib , ada pengisian bersama ustaz sementara menunggu waktu Isya'.
Ada : Baca surah (apa entah aku tak ingat -.-") , pertandingan Azan , Hafazan , Ustazah pilihan (muslimah sahaja) , Dai'e cilik and bla bla bla . Sorry tak ingat semua .

8.20 malam (sama setiap hari)
Solat Isya'

9.00 malam (sama setiap hari)
Selesai solat & tazkirah. Hari Isnin-Jumaat :- keluar untuk aktiviti bersama RA
                                        Hari minggu :- biasanya ada tengok movie kat dewan serbaguna / tengok                                               bola kat dewan makan (yang ni selalunya aku skip . terus naik bilik :P)

10.30 malam (sama setiap hari)
"Light off ! Light off !" jerit Kak RA . Masa untuk tidoqq . (dengar cerita ada budak yang tidoq lambat sebab main phone . Ok fine . Aku tak alami masalah tu sebab aku pakai nokia :3)

Lokasi : Dalam bas (lawatan)
ehem , ehem






~Farewell ~
Goodbye , guys :')










04 January 2015

Sorry .

Unknown | 11:05 PM | 1Comments |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Bismillahirrahmanirrahim ....


Entry ni memang tak dijangka akan dibuat . Memang tak terfikir pun yang entry aku sebelum ni akan menyinggung perasaan orang . Dan lebih-lebih lagi orang yang tersinggung adalah seorang yang banyak berjasa . Seorang yang sudah seperti seorang bapak dalam PPCS tu . So , aku nak mintak maaf kat sini

To Abang Badr ,

Saya minta maaf bebanyak kalau ayat tu menyinggung perasaan abang . Tak terniat di hati ni nak buat macam tu . Actually , saya cuma bergurau . Ayat tu sepatutnya dibaca dalam nada gurau . Tapi , yelah kan , tulisan je . Mana nak tahu cara bacanya ? Saya minta maaf sangat-sangat . Saya minta maaf . Saya minta maaf . Saya betul-betul rasa bersalah selagi Abang Badr tak maafkan saya . Maaf , ye ?

Yang Bersalah ,
Aina Sofea
*Etnomatematik PPCS Dis '14

Holidays In PERMATApintar [part 2]

Unknown | 12:20 PM | 3Comments |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Bismillahirrahmanirrahim ....


Dalam entry sebelum ni , aku cuma cerita secara rawak tanpa menjelaskan satu persatu . Just letak gambar-gambar yang diculik dari facebook instructor aku . Sorry Cikgu Hafiz ! hehe
Okey , kenapa tiba-tiba guna 'aku' ni ? Saje perasan besor .. Dah masuk tahun 2015 ni , masuk sekolah menengahlah katakan .. Hehehe . Takdelah . Aku rasa penggunaan 'aku' lebih mesra memandangkan this is my personal diary :) Sorry kalau ianya terlalu kasar untuk pembaca yang lebih tua berusia dariku ...

Let's start dengan memperkenalkan rakan-rakan seperjuangan yang memahami serta guru yang mendampingi (dah macam lirik lagu Anak Permata lah pulak :3) Actually , aku macam lost contact sikit dengan bebudak EM sebab aku takde Whatsapps . huhuuu

Le' Roommate (Blok A Bilik 36)

Sepatutnya aku ada 2 orang roommate . Tapi seorang tu hanya kekal 3 hari sebelum chaww balik . Bukan dia takut atau apa . Dia ada 2 interview dan kedua-dua interview tu jauh . So , takkanlah nak pergi balik dua kali (I hope you understand what I meant :3) Apapun , aku tetap nak cakap pasal dia setakat yang aku tahu .

Fatin Natrah
- Agak pendiam
- Darjah 6 (sebaya)
- Perlis
- Kali ke-4 ke PPCS (termasuk PPCS DIS '14)

Itu je . Sebab tak berapa rapat dengan dia . Lagipun dia kelas lain (EM2) .

Yang kedua , kawan baik sejak hari pertama , Aqilah Qaisara .

*yang bertudung hitam


Aqilah Qaisara
- Seriously pembersih & pekemas (apakah ini?)
- Agaknya berdarah A ? Haha . Ini cuma ramalan . Cik Aqilah ? Betul tak ? >.<
- Selalu risau dan sentiasa berwaspada . Terasa selamat bila sebilik ngan dia ^_^
- Ceria
- Matang (orang ingat dia darjah 6 sedangkan dia baru darjah 5)
- Kali ke-3 ke PPCS
- Perlis

Le' Classmates (EM1)
*yang bertudung purple

1. Nur Afeena (Afeena)                                                                                                                             - ada kembar di kursus ROBOTIK , Aneena
- Pendiam
- Otak bergeliga , banyak ideanya !
- Selangor (Ye kot ?)

2. Auni Nurin (Auni)
- minat K-pop gila-gila
- Orang panggil dia "Soshi" (Nama SNSD / Girls Generation) Memang dia nak dipanggil gitu :3
- Selangor

3. Aqilah Qaisara (Aqilah)
- Sila rujuk di bahagian roommate :)
*yang berbaju hijau

4. Lia Maisarah (Sarah)
- Darjah 5
- Budak hot kat situ :3
- Comel & kecil
- Sabah bhaa
- Sekolah cina
- Pandai menulis & bertutur dalam bahasa cina

5. Aisyah (Sorry tak ingat nama panjang >.<)
- pendiam
- roommate Nana
- kuat mengusik orang
- Johor


6. Natasha Yasmin (Nana)
- banyak cakap
- pernah duduk kat UK 2 tahun
- cantik
- Johor

7. Rafiqah
- Comel bercermin mata 8)
- Roommate Sherra & Naz
- Jiran depan bilik ! :D

8. Aszrul Syahmi Ameer (Aszrul) (Entah betul atau tak namanya :P)
- Poyo
- Sentiasa nak menjadi yang pertama
- Ketua kelas
- Kelakar
- Baik
- Tembam

9. Syamil (Sorry tak ingat nama panjang >.<)
- cepat gelabah
- mudah stress
- tapi dapat 80% dalam stress test . I wonder how :3
- minat Apink gila-gila
- Anti EXO
- Selangor

10. Arif Aifa (Arif)
- kitorang panggil dia Kak Aifa . Actually , nama dia sama dengan sorang RA PEREMPUAN iaitu Aifa . So , saje kitorang ejek dia >.<
- Kelakar
- Kelantan

11. Rocastle (Roc)
- Sarawak
- Weird boy
- Selalu ketawa
- Pandai melukis (y)
*ofcourse lah yang lelaki


12. Audi (Ini nama panjang & juga pendek . So simple . 4 huruf saja)
- Agak mysterious
- Kembar tak sama mak bapak dan juga tak seiras kepada Meor . Diorang cuma kawan yang terlalu rapat & sama pendek . ngehngeh
- Putih
- Ada 2 ekor teddy bear di begnya (kenapa perlu bercakap tentang teddy bear tu ?? >.<)
- Johor

13. Meor Naiman (Meor)
- kecil dan comel (sangat serasi dengan Sarah :3)
- bijak
- Budak hot . Selalu orang minta bergambar dengan dia . Lagi-lagi kakak-2 senior :P
- Nickname dia adalah Meow
- Perak

Le' Coursemates (Etnomatematik/Ethnomathematics)

*Kesemua Classmates*

*yang bershawl warna-warni
14. Kirthanya Kissherra (Sherra)
- Diva
- Queen of Gossip
- geng gosip aku
- ada crush yang sama
- budak hot
- Rapat dengan budak lelaki
- Sekolah perempuan
- Kulim , Kedah (Where I was born !)
kiri : Sufina , kanan : Teha

15. Sufina Aisyah (Sufina)
- otak bergeliga , banyak ideanya !
- Miss Spontan
- Penyumbang idea sorakan terbanyak
- Putrajaya

16. Fatihah (Teha)
- pendiam
- geng TKC ! Yeyy :D
- Johor

17. Nazihah (Naz)
- Agak pendiam
- Ada kembar , Nadiah
- cantik & comel . serious I said
*yang bertudung hitam

18. Syazwani (Wani)
- Baik
- Ada kembar , Wana
- Slamber
- Selangor

19. Alyssa
- Agak serius dan garang
- Tapi bila dah rapat sikit , baik dan ceria orangnya :D
- Sarawak
- Darjah 5

20. Alysha Aqilah (Alysha)
- Agak garang dan tegas
- selalu pakai tudung bawal
- Darjah 5
*yang lelaki : Rais , perempuan bertudung hitam : Rafiqah

21. Rais Faiz (Rais)
- Handsome
- Agak lembut
- Kelakar

22. Harraz
- Weird boy
- Agak pendiam
- Abang dia budak AF (Astrofizik. Bukan Akademi Fantasia :3)

23. Hazim
- loghat pekat Terengganu
- pandai English (instructor diorang kata)
- Killer yang selalu bunuh killer ! (Dalam game silent killer)
- Dan kitorang selalu jadi killer dalam masa yang sama ! Huarghh ! Dia bunuh aku !!!

24. Shafiq
- Handsome
- Matang

25. Jia Quan (JQ)
- comel
- pandai gila
- Satu-satunya budak cina dalam EM

Mak Bapak angkat kepada budak EM (RA - Resident Assistant)



1. Noorsharina (Kak Na)
- Tunang abang Juwe (RA Penaakulan Mantik)
- Putih melepak macam Adira !
- Kelantan
- Baik dan tegas

2. Badrul (Abang Badr)
- rapat dengan budak Rekacipta (RC)
- garang dan tegas

Instructors a.k.a Cikgu (Ins)

1. Cikgu Hafiz (EM1)
- Baik
- Positif
- Sporting
- Kedah

2. Cikgu Aimi (EM2)
- Baik
- Pandai menari
- Terengganu

Teaching Assistant (TA)

1. Cikgu Hafizi (EM1)
- Adik Cikgu Hafiz
- loghat pekat Kedah
- Kelakar
- Sporting

2. Cikgu Mujid (EM2)
- Handsome
- Putih
- Kelakar
lelaki dari kiri : Cikgu Hafizi , Cikgu Hafiz , Abang Badr , Cikgu Mujid
perempuan dari kiri : Kak Na , Cikgu Aimi

Perhatian kalau ada budak PPCS DIS 2014 yang bersekolah di SK Permatang Tok Mahat yang baca entry ni. Sorry , aku tak ingat kau . Seriously aku lupa muka kau . Sorry sebab aku langsung tak tegur kau . Aku teringin nak tegur kau tapi aku seriously lupa muka kau . Harap kau faham , manusia ni pelupa (bak kata Sabrina MAS :P) Urghh .. Sorry , sorry , sorry !!

Thats it , maybe ? Terlalu banyak nak cerita tentang PPCS Dis 2014 ni . Hurmm , meet again dalam part 3 lah . Okay ? Bye ^_^ Assalamualaikum

p/s : Gambar beberapa orang sahabat akan diupdate nanti ;) Stay tune..