30 December 2012

2 Tahun Ber-Blogging :)

Unknown | 1:37 PM | 34Comments |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Bismillahirrahmanirrahim ....


Alhamdulillah ... Hari ni genap 2 tahun saya berblogging . Seronoknyaa ! So , saya start blogging tahun bila ya ? 2010 ! Sejak saya berumur 8 tahun . Awalnya ! Kecik-2 lagi dah berblogging ! >.< Nak tengok entry saya masa berumur 8 tahun ? Huhuu . Malunya . 1ST ENTRY .

Saya nak review blog-2 yang "terpilih" . Korang ke blogger yang terpilih tu ? Mana tauu kan ? Haha :D

Happy Birthday , My Blog ! :D

Follower Yang Berjaya Diperolehi

Sepanjang 2 tahun saya berblogging ni , saya berjaya mendapat follower sebanyak 725 . Siapa follower ke-725 tu ??? Jom tengok ! :D


Ini dia gambar blog pertama yang akan direview .
Eh , tak siap loading lagi ke tuh ?
Ada tak yang terfikir gitu ? Memang saya sendiri fikir gitu . Blog ni memang simple . Tapi tk tahulah kalau tengah edit ke . Entahlah . Tapi , setakat ni , blog ni really simple ! Loading pun cepat aje . Blog ni berwarna coklat . Pertama kali saya singgah blog ni , masa nak tengok siapa follower ke-725 . Saya tak tahulah nak cakap apa tentang blog nih . Apapun , jom SINGGAH + FOLLOW blog ni ya ! :D

Top Commentar

Siapa pulak top commentar ? Jom tengok !




Comelnya blog tuh ! Kan kan ? Blog yang bertemakan pink dan biru . Ohsem kan ?? ^_^ Tuan punya blog nih pernah review blog saya jugak tau ! Tak sangka pulak , hari nih saya akan review dia pulak !
  • Tuan blog nih memang rajin mem-promote . Kalau pasal giveaway @ segmen , dia memang selalu menang ! (top refferal) >.<
  • Blog ni banyak update tentang informasi terkini . Ia tak terlalu personal . Sesuai untuk semua orang baca ! :D
  • Siapa tak kenal blog ni ? Blogger retis nih ! Tak caya ? Tengoklah follower & comment dia ... Belambak kan ?
  • Blog ni memang selalu 'tukar baju' . Fesyen dia , cantik-2 belaka ! Haha xD


Tuan blog ni pun rajin comment kat blog saya jugak . Simple blog dia . Soft , comel dan cantik ! Bertemakan soft pink gituu ..
  • Blog ni jugak banyak meng-update tentang informasi terkini .
  • Load dia cepat je . Tak jenuh nak menunggu ^_^
  • Try korang perhatikan background dia . Sama dengan background baru blog saya , kan ? Warna je lain . Sebenarnya , saya terjumpa background mcm nih kat satu blog tuh . Tah lupa blog apa siapa (muda-2 lagi dah nanyuk >.<) .

Tamat pasal review :)


Sepanjang 2 tahun berblogging nih , dah berkali-kali saya tukar header , tukar design . Banyak maa ! Tapi , malulah nak tepek header lama kat sini . BURUKS , ok ? >.< Saya tepek gambar design lama saya yang sempat saya printscreen jelah , ok ?




Lama-2 , semakin cantik kan ? (perasan jugak aku nih !) Dulu , memang serabut gila blog saya . Siapapun tak nak pandang . Haha . 

26 December 2012

Start Ber-Blogging 2010 ??

Unknown | 3:59 PM | 35Comments |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Bismillahirrahmanirrahim ....

Mungkin korang perasan , kebanyakkan blogger start tahun 2010 , right ? Siapa tuh ? Jom tengok ! :D

Ada ramai lagi yang start 2010 termasuklah saya tapi malas nak printscreen semua , kan ? 



 Ni printscreen yang saya sempat 'tangkap' . Masa tanya pendapat blogger lain ... Tak sangka pula kak Lyssa pun join kitaorang :D

Persoalannya ialah , KENAPA RAMAI BLOGGER YANG START BER-BLOGGING PADA TAHUN 2010 ?

Saya pun tak tahu kenapa . Mungkin korang tahu kot . Tapi saya agaklah kan , mungkin pada tahun 2010 , laman web Blogger hot kot . Haha . Kalau korang tahu jawapannya , janganlah kedekut untuk "share-share" dengan kitaorang k ?

Senarai Blogger Yang Start Tahun 2010 (yang saya tahu jelah ! ^^)

  1. Aina Sofea
  2. Faqihah Husni
  3. Lyssa Faizureen
  4. Dysha Sahhir
  5. E-Zati
  6. Aisyah Ecah
  7. Nur Syakirah
  8. Ayut
  9. you ??

Kalau korang pun sama , bagitau ok ?

23 December 2012

Cuti-cuti Malaysia ! :D

Unknown | 11:10 AM | 13Comments |
Assalamualaikum !
Apo Khabor ??
Bismillahirrahmanirrahim ,

Dalam entry ni , saya ada cakap yang saya baru balek dari cuti-2 Malaysia kan ?? Sepatutnya saya update lama dah , tapi dok update benda laen dulu ... Tak patott .

Lokasi : Shah Alam (i-City)



Gambar tak berapa jelas .. Dah ar terbalik ! Tak taulah nak rotate mcm mana . Ni tak pakai photoshop . Tu yang susah sikit . Itulah suasana malam i-City . Saya tak masuk snow walk .. Saya cuma naik space walk

Pukul 10 malam , saya pergi dinner besar-besaran *kononnya* kat Restoran Adam Lai . Geli juga nak makan "Shark Fin Soup" . Dengar nama tuh , eii ! Tapi takde kuah lain da . So , terpaksalah saya menjamah sup tuh . 
Erm , boleh tahan jugak rasanya . !
Pukul 11 malam , balik dari dinner , saya pergi i-City . Nak cari tempat parking , ya Rabb ! 1 jam ambik masa ! Dalam masa 1 jam tuh , sempat my younger brother tido . Dah jumpa tempat parking . ! Hooray ! :D Tapi , sayang .... my younger brother tuh tido lagi ! Saya cuba kejutkan dia . Rugi kowtt kalau tak enjoy tempat ni ! Tak bangun-bangun jugak ! Saya try tampar-tampar pipi dia . Tak sedar-sedar jugak ! Lepas tuh , saya buka mata dia luas-luas . Cuba teka jawapannya , TAK SEDAR-SEDAR ! Nampaknya , terpaksalah .. =.="

Pukul 12 malam , saya naik space walk . Lepas tuh , nikmati Cool Blog .. Yummy ! Haha xD
Pukul 1 pagi , saya balik . Ah ! Letihnya ! 

Lokasi : Colmar Tropicale , Bukit Tinggi Pahang

Tandas dia serabut sikit*

Tempat makan . Ada macam restoran tak xD*

Tempat buat kerja/study*

Gambar bilik je saya letak . Sebenarnya , kalau gambar kawasan dia lagi cantik ! Ala-ala Perancis gituu .. Tapi gambar-2 tuh ada kat kamera . Kena tunggu mak saya upload dalam lappy la kalau camtuh ! Malas nak menunggu ..

Lokasi : Japanese Village , Colmar Tropicale




Gambar kawasan ni je ada . Gambar rumah ala-ala Jepun tuh ada kat kamera . Cantik tak ? Kalaulah kat rumah saya ada macam ni . Mesti indah ! :D Nak sampai ke tempat ni susah tau ! Kena panjat tangga gila tinggi ! Yalah , nama pun "Bukit Tinggi" kan ?


22 December 2012

Limited Edition GiveAway by Dysha Sahhir

Unknown | 9:10 AM | 5Comments |
Assalamualaikum !
Apo Khabor ??
Bismillahirrahmanirrahim ,


*Klik banner untuk join ^^

Tiba-2 jer terasa nak join giveaway ni . Walaupun belum tahu apa hadiahnya , tapi hati ini sungguh kuat menyatakan ,
Kalau DYSHA yang buat giveaway , mesti OHSEM
Korang apa tunggu lagi ? Join jomm .. ^_^

15 December 2012

Kawaii Colloection ♥

Unknown | 5:57 PM | 19Comments |
Assalamualaikum !
Apo Khabor ??
Bismillahirrahmanirrahim ,

Time baru balik dari "Cuti-cuti Malaysia"*konon* , hari Sabtu yang lalu , my dad pergilah ambik surat kat peti surat . Tetiba , beliau tanya ,
"Ada Kawan Blogger Yang Hantar Ka ?"

Terkejut tahap gaban larr saya time tuh . Rupa-rupanya , hadiah dari contest kak Hansya dan Bella nih . Dah lama contest tuh , tapi baru dapat tahu senarai pemenang-nya . Alhamdulillah , dapat tempat ke-empat . Haha . Menang keychain je . Tak sangka pula , keychain tuh rupanya keychain Strawberry ! Sudah pasti ia datang dari Cameron Highlands kan kan ?

*Ce teka , yang mana yang baru saya dapat ?

Siapa jawab , yang paling besar tuh ??? 10 markah untuk anda ! Haha .. Eh , habis TERnampak tangan saya yang kecil tuhh .. >.<


Harituh time jejalan kat Japanese Village , Colmar Tropicale , terserempak pulak dengan souvenir shop . Nak tahu tak rahsia saya ? Saya memang pantang tengok souvenir shop ! Terus saya masuk , belek-belek keychain kat dalam tuh .. Terjumpa keychain dolphin dengan starfish . Siap ada tulis "Colmar Tropicale" lagi ! Harga dia , RM7.90 . Cute ! Sampai sekarang , saya masih berhutang dengan my dad untok beli keychain tuh ! >_<

* Ternampak keychain RILAKKUMA ?? >.>

07 December 2012

Blog Dapat Rumah Baru :)

Unknown | 11:32 AM | 11Comments |
Assalamualaikum !
Apo Khabor ??
Bismillahirrahmanirrahim ,

Lama sudah tk update blog . Asyik join GA jerk . Alhamdulillah , ada rezeki sy menang GA Abang Amer yang rajin sangat buat giveaway . Nih , nak cerita mcm mna blog sy dapat rumah baru . 

Harituh , blog saya ni mengadu kat saya . Dia cakap , dia tak suka dengan alamat 'rumah' dia yang panjang lebar (http://ainasofeadiary.blogspot.com/) . Alasan dia , susah nak ingat . Amboih . Blog saya memang banyak songeh betul . Alamat rumah saya lagi panjang ! Haha ....

Untuk menunaikan permintaan blog saya yang banyak songeh ni , saya berusahalah join giveaway untuk beli 'rumah' baru untuk blog kesayangan saya ni . Sebenarnya , saya akan dapat Sport MP3 , tapi memandangkan saya memang tk guna MP3 dan tak banyak bersukan , saya cuba mintak tuan penganjur tukar hadiah . Nasib baik harga MP3 tuh dengan domain hampir sama . 

Bukti yang saya menang domain tuh tercatat di entry ni . Dapatlah alamat 'rumah' baru blog saya nih . Tapi , kalau korang pergi ke alamat 'rumah' blog ni yang lama pun , korang akan naik 'teksi' ke alamat 'rumah' blog yang baru . Tak paham ?? Okeh , senang cerita , korang boleh akses ke blog ni walaupun guna alamat (link) yang lama .

 Klik untuk tumbesaran*

Kalau korang pun teringin nak domain a.k.a alamat 'rumah' baru , bolehlah join giveaway ini .

04 December 2012

Dress and Domain giveaway

Unknown | 9:05 PM | 18Comments |
Assalamualaikum !
Apo Khabor ??
Bismillahirrahmanirrahim ,

*KLIK BANNER UNTUK JOIN ^_^