11 August 2013

Kesalahan-kesalahan Ketika Berhari Raya

Aina Sofea | 6:45 PM | 9Comments |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Bismillahirrahmanirrahim ....


*klik untuk tumbesaran :)

Hari Raya Idul Fitri. Tidak salah untuk merayakannya. Silapnya kita apabila menyambutnya dengan kesalahan-kesalahan seperti yang berikut.

  1. Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran yang berleluasa. 
  2. Beria-ia solat Sunat Hari Raya tetapi tidak solat Subuh dan Zuhur. 
  3. Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi. (Bukan muhrim)
  4. Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita.
  5. Makan berlebihan. 
  6. Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan tetapi sibuk dengan menonton TV di rumah, terutamanya generasi muda. 
  7. Minta maaf bermusim, hanya pada hari raya sahaja. 
  8. Beraya sebulan sehingga terlupa untuk berpuasa enam di dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya Idul Fitri HANYA sehari. Sebab itulah hanya 1 Syawal sahaja yang diharamkan berpuasa sedangkan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh mula berpuasa sunat.
Yang saya bold-kan tu sebagai pesanan untuk diri saya sendiri . Kesalahan yang selalu saya buat . Saya akan cuba memperbaikinya sekiranya dapat bertemu Ramadhan & hari raya lagi , insyaAllah :)

Wahai abangku , sila perhatikan betul-betul no.6 tu . Tukarkan "menonton TV" dengan "bermain permainan video" .. Hurmmm .....

Btw ,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , 
MAAF ZAHIR & BATIN :D

p/s : Siapa dah dapat kad raya dari saya ? o.O

9 comments:

  1. yup ! betul tu . yang tak patut dibuat ni la yang kita suka buat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann .... semoga selepas ni dah tak ramai yang amalkan kesalahan ni ...

      Delete
  2. ty sudi share. berguna sngat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome . ini pun copy dari blog orang . lupa pulak nak letak credit ..

      Delete
  3. Header Sofea nampak cantik+cute oh.... hihi...^^

    ReplyDelete
  4. Header Sofea nampak cantik+cute oh.... hihi...^^

    ReplyDelete
  5. Betul tu, biarlah kita sambut dalam keredhaan Allah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul *gaya ipin* :)

      Delete

Tinggalkan komen , jom ?? LIKE SINI dan FOLLOW SITU lah juga yaa ?? ^_^



"Budi Bahasa Budaya Kita"