15 August 2012

The Superhero

Aina Sofea | 12:24 PM | 3Comments |
Assalamualaikum !
Apo Khabor ??
Bismillahirrahmanirrahim ,

Today , saya nak cerita tentang seorang bapa ... Firstly , saya nak pesan :
Cerita ini tidak ada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau sudah mati



       
      Suatu hari , aku menunggu ayahku menjemputku daripada sekolah . Setelah sekian lama menunggu , aku masih tidak dijemput . Aku mula berprasangka buruk , "Ayah ni memang pentingkan diri sendiri!"
       Beberapa minit kemudian , aku dijemput oleh ayah . Dengan menarik muka , aku menaiki kereta yang dipandu oleh ayah . Ayahku memujukku sambil tersenyum manis ,"Ayah datang lambat sebab ada hal," 

         Ayahku menceritakan segalanya . Baru aku faham . Aku sebak mendengar ceritanya . Begini kisahnya ,

         Sewaktu dalam perjalanan ingin menjemputku , ayahku ternampak sebuah kereta melanggar lari seorang kanak-kanak kecil . Tiada sesiapapun yang ingin membantu kanak-kanak tersebut melainkan ayahku seorang .

         Ayahku segera berlari-lari anak lalu mendapatkan kanak-kanak itu . "Andai ini anakku , sebak dadaku," fikir ayahku . Beliau membawa kanak-kanak itu ke hospital dan mendapatkan bantuan segera . 

         Ketika kanak-kanak tersebut menjalani rawatan , ayahku menunggu sehingga rawatan selesai . Setelah kanak-kanak itu berjaya menjalani rawatan , barulah ayahku menjemputku . Sebelum beliau menjemputku , beliau mengkhabarkan berita tentang kanak-kanak itu kepada warisnya .

         Aku menyesal berprasangka buruk terhadap orang yang sangat berjasa . Setelah mendengar cerita itu , aku langsung memeluk ayahku . Walaupun beliau masih trauma dengan apa yang terjadi , beliau masih tenang .

"Tidak salah ibu memilih ayah menjadi pendampingnya . Aku yakin ayah akan berjaya menjadi ayah terbaik buatku . Terima Kasih , ayah"
TAMAT

Huhu .. Syok tak ? Maaf kalau ada sedikit banyak kesalahan didalam cerita itu ...
P/S : Perlukah ayah kita menjadi orang yang terkenal bagi dibanggakan ?

3 comments:

  1. Ayah CiM super hero. Lbh2 lg bila nk raya ni. Dia buat semua, cat rumah, kemas taman, pasang lampu liplap, brsihkn sawang, gantung langsir, anyam ketupat, kacau dodol, semualah...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen , jom ?? LIKE SINI dan FOLLOW SITU lah juga yaa ?? ^_^



"Budi Bahasa Budaya Kita"