Bismillahirrahmanirrahim ....
*klik untuk tumbesaran :)
Hari Raya Idul Fitri. Tidak salah untuk merayakannya. Silapnya kita apabila menyambutnya dengan kesalahan-kesalahan seperti yang berikut.
- Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran yang berleluasa.
- Beria-ia solat Sunat Hari Raya tetapi tidak solat Subuh dan Zuhur.
- Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi. (Bukan muhrim)
- Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita.
- Makan berlebihan.
- Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan tetapi sibuk dengan menonton TV di rumah, terutamanya generasi muda.
- Minta maaf bermusim, hanya pada hari raya sahaja.
- Beraya sebulan sehingga terlupa untuk berpuasa enam di dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya Idul Fitri HANYA sehari. Sebab itulah hanya 1 Syawal sahaja yang diharamkan berpuasa sedangkan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh mula berpuasa sunat.
Yang saya bold-kan tu sebagai pesanan untuk diri saya sendiri . Kesalahan yang selalu saya buat . Saya akan cuba memperbaikinya sekiranya dapat bertemu Ramadhan & hari raya lagi , insyaAllah :)
Wahai abangku , sila perhatikan betul-betul no.6 tu . Tukarkan "menonton TV" dengan "bermain permainan video" .. Hurmmm .....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ,
MAAF ZAHIR & BATIN :D
p/s : Siapa dah dapat kad raya dari saya ? o.O
yup ! betul tu . yang tak patut dibuat ni la yang kita suka buat :(
ReplyDeletekann .... semoga selepas ni dah tak ramai yang amalkan kesalahan ni ...
Deletety sudi share. berguna sngat :)
ReplyDeletewelcome . ini pun copy dari blog orang . lupa pulak nak letak credit ..
DeleteHeader Sofea nampak cantik+cute oh.... hihi...^^
ReplyDeleteHeader Sofea nampak cantik+cute oh.... hihi...^^
ReplyDeleteBetul tu, biarlah kita sambut dalam keredhaan Allah ;)
ReplyDeletebetul betul betul *gaya ipin* :)
Delete